Mesti ramai yang kecewa kerana KPLSPM yang popular dahulunya maktab perguruan, bermula untuk pengambilan 2013 permohonan tidak lagi diiklankan dan dimohon. Permohonan KPLSPM atau Kursus Perguruan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia sebaliknya dibuka kepada semua lepasan SPM dengan memberi peluang kepada semua pelajar SPM menjawab soalan M-Test.
Menurut sumber, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi mengambarkan pengambilan KPLSPM adalah dengan semua pelajar lepasan SPM akan mengambil ujian M-Test diakhir peperiksaan nanti. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik.
